Monday, December 6, 2010

Kereta Misteri Yang Masih Misteri


19 November 2010
Polis mengalami kesukaran mengesan pemilik kereta apabila ia ditemui dalam keadaan terbalik dan terbenam hampir separuh di dalam lumpur.
Semua 6 bahagian cerminya telah tiada (pecah?), bahagian enjin tenggelam di dalam lumpur malah nombor pendaftaran juga telah tiada.
Tiada sebarang tanda yang ditemui bagi mengesan pemiliknya, kecuali kereta terbabit diangkat dan dilakukan pemeriksaan teliti.
Di masa sama,kebimbangan samada adakah mangsa dalam kes itu terpaksa didahulukan dengan melakukan operasi mencari dan menyelamat.
Anjing dari Unit K-9 PDRM turut menyusuri sehingga atas bukit di mana laluan lama Bentong-Gombak dipercayai kereta ini terjatuh.
Dan akhirnya, menjelang tengahari, disahkan tiada mangsa terbabit dalam kes ini setelah pencarian dari malam tadi, tidak menemui sebarang petanda.
Kereta (Kia Optima) ini difahamkan dilaporkan hilang oleh pemiliknya pada 21 Oktober lalu di Sg.Besi, Kuala Lumpur.
Kerja-kerja untuk mengangkat kereta ini atas lebuhraya, menggunakan dua buah kemablik.
Dan, kenderaan dari arah Pantai Timur untuk ke Kuala Lumpur terpaksa melalui hanya satu lorong lebuhraya,menyebabkan kesesakan lebih 5km sehingga Bukit Tinggi Pahang.
Laluan kontra juga terpaksa dibuka pada laluan arah Timur untuk kenderaan ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!



Thursday, December 2, 2010

Perempuan Tua

"Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni.".

"Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak...". "Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu".

"Tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya.

"Emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.

Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir 5 jam Aziz memandu, naik kematu buntutnya. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung

"Emmmmm...baru sampai lebuhraya Karak dah dekat gak ni.." tiba-tiba Azizn terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kau kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area lebuhraya Karak tu kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib!" namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya.

"Aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu .... sekarang ni zaman internet jer,sekarang ni hantu semua tinggal dlm hutan", kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram.Namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran.

Aziz masih di lebuhraya Karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati,tiba-tiba jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?", soal hatinya."Argh...bukan!" dikuatkan semangatnya.
Semangkin hampir dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan."Orang rupanya ingatkan hantu". Begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula.

Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut. "Mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah,bahaya sesorang malam-malam ni." Segera Aziz membuka pintu disebelahnya tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta."Terima kasih nak", kata permpuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap.Perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut garau sungguh menyeramkam!

"Aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu",kata aziz terketar-ketar.

"Sebenarnya, mak cik pergi cuci darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi". Kata perempuan tua itu lagi tetapi masih tidak memandang muka Aziz. "Aaaapa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semankin banyak memercik dan mengeletar anggota badannya tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula.

"Ye,anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir",kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.Semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar ditolehnya kearah perempuan tua
itu tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya.

Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut. Tiba-tiba perempuan tua itu menyuruh Azizi berhenti di satu selekoh. “Anak, mak cik nak turun kat situ. Rumah makcik kat bawah tu je”. Azizi cuba memandang ke arah yang di tunjukkan oleh perempuan tua itu namun apa yang dia lihat adalah hutan belukar yang gelap dan cerun. Semakin takutlah Aziz apabila tiada sebuah rumah yang terdapat di kawasan yang di beritahu oleh perempuan tua itu.
“Terima kasih nak,kerana menumpangkan makcik hingga sampai rumah.Ada juga anak muda yang sudi menolong makcik ini.” Azizi hanya senyum dan mengangguk dalam ketakutan. Setelah perempuan tua itu turun dari keretanya,dia cuba mengerling dari sisi cerminya namun tiada sesiapa pun yang ada! Lantas Aziz memecut keretanya dan sejak daripada itu dia tidak akan memandu lagi lewat malam apabila pulang daripada kampungnya.