Tuesday, October 19, 2010

Misteri Di Lebuhraya Karak

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”
“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.

Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.

“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”
“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.

Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.
“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.

Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.

Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.

Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.

Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.

Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.

Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya. 

62 comments:

  1. Habis kalu hamid mati sape yg cerita situasi kat atas tu? atau sekadar ilustrasi penulis?

    ReplyDelete
  2. btul2,klau hamid sekeluarga da $%^$&,spe pulak yg cerita blik situasi ni??`

    ReplyDelete
  3. cerita tu x logik, ini versi yg aku dengor. x bleh nak percaya sbb dr mulut ke mulut. tp sekurangnya2 logik la gak.
    satu keluarga suami isteri dan seorang anak kecil dlm 2 tahn. family ni mmg hendak menuju ke pantai timur cuma x pasti kgnya. kereta tu mati semasa melalui hway karak yg dikatakan berdekatan ngan terowong [betul ke ada terowong?]. si suami memeriksa keretanya setelah bahagian hadapan berasap. setelah diperiksa radiatornya kering kontang. pada mulanya sekeluarga itu duduk didlm kereta dgn harapan plus peronda akan dtg memberikan bantuan namun setelah sekian lama menunggu tiada kenderaan yg melalui jln itu. si suami mula merasa gelisah dan.....
    dia mengambil bbrp botol utk mencari air.[selalunya tepi jln ada parit, tp bkn hway!!!]. dia memesan agar isterinya duduk didlm kereta bersama2 anaknya. si suami terus turun kebawah hway utk mencari air.
    x lama setelah suaminya pergi isterinya terus menunggu sambil memeluk anaknya didlm kereta. tiba2 seperti ada sesuatu yg besar menghempap dibahagian belakang kereta tersebut. bergoyang2 dgn bunyi seperti binatang buas sedang mengerjakan sesuatu. si isteri terus memeluk anaknya sambil ketakutan. x lama kemudian bunyi itu hilang dan plus peronda dtg.
    sambil memesan pada isteri n anaknya keluar dr kereta dan meminta agar mengikutinya ke pejabat PLUS. salah seorg aggota plus itu memberi peringatan agar tdk melihat ke bhg belakang kereta tersebut.
    oleh kerana terkejut n terlalu ingin mengetahui tentang suaminya terus dirampas torch light sambil menyuluh bhgn belakang kereta tersebut. isteri tersebut terus histeria setelah mendapati bdh suaminya hancur dirobek ganas.

    mengikut sumber cerita diatas diceritakan oleh isteri tersebut semasa soal siasat oleh pihak plus sebelum dikatakan menjd tdk siuman.

    apakah benda yg menyerang suami tersebut???
    menurut cerita yg diceritakan pula oleh plus peronda.....ketika mereka menjlnkan rutin seperti biasa iaitu meronda mereka ternampak dr jauh sebuah kereta tersadai di tepi hway tersebut. namun apabila semakin dekat mereka nampak suatu lembaga menyerupai mawas yg besar sedang bertenggek dibahagian belakang kereta tersebut sambil mencarik2 sesuatu. ketika mereka semakin hampir mahluk tersebut menoleh kebelakang lalu terus melompat kearah hutan bersebelahan. ketika itulah mereka terus menuju ke bahagian dpn kereta tersebut utk memeriksa situasi......

    apakah misteri karak ini???
    cerita tersebut dikatakan terus ditutup utk menjaga kepentingan tertentu.
    lgpun kebanyakkan kawasan hway dibina merentasi hutan yg tdk diketahui ada yg ada di kawasan tersebut...entah la...hanya cerita..tiada bukti sahih.

    ReplyDelete
  4. bukan niat nak memperkecilkan cerita ni, cuma sy org temerloh dan karak adalah laluan sepanjang 10 tahun saya berulang alik dr shah alam ke temerloh. kadang2 saya balik siang dan pernah juga balik malam2 seorang diri driving manakala sy adalah seorang wanita. alhamdulillah setakat ni, tidak pernah lagi mengalami situati yg menyeramkan sebegini. tp, saya lg takut pada kejahatan manusia, sbb manusia blh melakukan sesuatu yg lebih zalim dan kejam berbanding dgn makhluk lain. kesahihan ceita ni, hanya Allah swt yg lebih mengetahui, cuma bg saya, adalah penting kita sentiasa berdoa agar, Tuhan sentiasa menjaga keselamatan kita baik dr ancaman manusia dan makhluk syaitan.

    ReplyDelete
  5. eerrr..pelik2 jewkk..tapi bt0l KeWp..x percaya ERRkk mnew lhaa TaHu AdA OrAnG Yg LaLU Situu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ejaan apalah ni adik oii.? Rosak bahasa.

      Delete
  6. karak bukan bwh PLUS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Under LPT KE LPP TAH

      Delete
    2. Ejaan apalah ni adik oii ? Rosak bahasa

      Delete
  7. hanya Allah saja yg tahu . .

    ReplyDelete
  8. karak bawah MTD ler.. bukan PLUS...

    ReplyDelete
  9. hahaha...klakor la cite ni...logik la skit nk buat cite pun...

    ReplyDelete
  10. siapakah sebenarnya yg mewujudkan cerita karak ini...?
    bagaimanakah ianya bermula...?

    ReplyDelete
  11. reka sume nie.. xde pe la.. semuanya gimik.. xde hantu yg bole nk robek2kn tubuh org nie..
    jgn percaya la cerita2 karut nie sume..

    ReplyDelete
  12. is this true ? tengok cerita karak pon sama jugak . but this story da lama kann ? orang tua tua pon ada ckp pasal kisah ni . even , tak tau betol ke tak ..

    ReplyDelete
  13. btul ker ?? cm x logik j??!! btw..caye j arr!!

    ReplyDelete
  14. try la pergi kat karak pukol 12 tgh malam klu x caye...serem

    ReplyDelete
  15. x logik camner si blogger ni bolah tawwwww tapi karak berhantu tu memang betol

    ReplyDelete
  16. walaupown kowang menganggap kisah ini adalah mitos,kowang silap,mitos lahir dari kenyataan,memang tiada hantu yang boleh membunuh manusia,tetapi hanya jin sahaja yg boleh mengawal minda manusia untok melakukan kejahatan..mengenai peristiwa karak ini,tidak lah ade nyer citer kalau tiada kisah yg berlaku kan~

    ReplyDelete
  17. bila dh kene baru pecaya...

    ReplyDelete
  18. Seram gak dengar citenya.Tapi rasa cam x logik je,klau hamid mati camne ko tahu citenya

    ReplyDelete
  19. mmng betul crita 2...tp disebabkan cerita atas cerita...dan dari mulut ke mulut...jd crita 2 banyak yg berubah n adew yg ditokok tmbah....

    ReplyDelete
  20. Benar kah ianya sering berlaku kejadian2 aneh di lebuhraya tersebut?

    ReplyDelete
  21. saya sering mengikuti kisah mesterinya melalui internet.. Dan film yang berjodol KARAK yang di terbitkan oleh KRU Production adakah ianya betul seperti apa yang di cerita kan mengenai dengan lebuhraya tersebut?....

    ReplyDelete
  22. wallahualam bissawab...

    ReplyDelete
  23. huh... sramnyer..tpi btul kewr nieyh??

    ReplyDelete
  24. Yang banyak komen kata mengarutlah pasal misteri highway karak ni..aku cadangkan kauorang try ler lalu jalan lama...pada sebelah malam,,,,tu tu kalau berani laaa......aku ni tak pernah laa kena diusik hantu kat karak..tapi pernah la kat tempat lain.\
    Yang tak percaya kewujudan hantu ni...try laa bawak kereta malam-malam..lalu ikut karak --jalan lama.

    ReplyDelete
  25. im bigfoot.... arghhhh... seram x???

    ReplyDelete
  26. al-quran pun ade menceritakan selain manusia ade jin duduk sama2 manusia di dunia ni..tapiii bab merobek2 badan manusia tu rasa nye di luar kemampuan jin..kan3..walluahualam

    ReplyDelete
  27. menakutkan betullah

    ReplyDelete
  28. yang seram jalan karak lama. bukan highway. kalau highway pn aku slalu lalu situ. cube lalu jalan lama karak, tengahari pn seram gila.

    ReplyDelete
  29. btol ke nie??? mcm susa nk caya je.. kalau semua mati sape lak y cerita kemalangan nie?

    ReplyDelete
  30. cite di atas betul la kwn...ia brlaku pd thn 80-an dulu di jln karak lama (bkn bwh plus bang, cilap tu, tak de highway lg). keluarga tu org terakhir dibenarkan lalu pada senja itu (masa tu kete awam dibenar lalu hanya sampai pkl 7.30 ptg sj kalau tak silap - tanyalah kalau ada sedara keje jd polis kat sana pd thn 80-an) . kete tu rosak di prtengahan jln (lokasi tepat pihak polis je tahu), tangki air kering. Kebiasaannya pihak rolis ronda pd waktu mlm bg memastikan semua kereta melepasi hutan dan memberi pertolongan jika kete ada yg rosak. setelah tunggu polis lambat tiba, jd laki tadi kuar cari air.masa ni lah jd peristiwa yg di ceritankan di atas td (badan laki tu dirobek). polis sampai masa ni dan lihat macam mawas yg punya angkara. kata polis mawas tu lari ke hutan bila nampak mereka dtg. sbnarnya kata org-tua tua di sana, itu bukan hantu sbb hantu tidak boleh bersentuhan dgn manusia, usik manusia boleh la. ia mungkin saki baki komunis yg terlalu lama tinggal di hutan dan sudah mengamalkan ilmu hitam. mungkin juga org asli yang berkelakuan liar atau turut mengamalkan ilmu hitam.di hutan dik mereka kena rapat dgn benda2 cam tu kalau nak servive kat hutan tebal cam tu...tak semua org asli jahat, tapi tak mustahil ada seorang dua yang yg mengamalkan ilmu hitam...dia org mana ada agama dik...kalau trpaksa lalu lewat mlm, kalau yg penakut tu, ikut bas ekspres atau lori kontena/ balak, biar lambat kurang-kurang ada teman...

    ReplyDelete
  31. go go liverpool fc

    ReplyDelete
  32. misteri la karak ni ehh..macam2 citer..

    ReplyDelete
  33. aku pernah lalu dulu,memang kenyataan benda to ader...aku tak nak citer biar lar mereka yg menggalami nyer sendiri...

    ReplyDelete
  34. dh mati boleh plak cerita dr a smpi z....mcm gila

    ReplyDelete
  35. cerita tak logik, reka je lebih

    ReplyDelete
  36. Ada sesiapa kat sini yang terlibat dalam sebarang peristiwa di Lebuhraya Karak?... sy ingin membuat kajian mengenainya..atau ada sesiapa kenal orang2 yang tahu mengenai cerita2 yg pernah berlaku terutamanya orang kampung....

    ReplyDelete
  37. betul ke citer ni ?? hurmm rasa pelik lah .. sapa yang boleh sahihkan citer ni ??

    ReplyDelete
  38. seram...tp aku nk mencuba melalui jalan karak lama

    ReplyDelete
  39. Karak :O ... nama pon da pelik ..
    hantu pon suka nama tue ..
    so, jadi-lah "Hantu Karak" hahaha....

    ReplyDelete
  40. nokharam...dh klu Hamid citerkn bnde yg terjadi, sape yg mati camtu? bodoh nye narrator xde logik lngsung..at least ckp la yg mmber Hamid citer ke, ahli keluarga ke..xde la nmpk bangang sangat..lahanat la jai!

    ReplyDelete
  41. menurut lagenda karak mmg keras...ermmm mmg keras...ermmm bnci aku..

    ReplyDelete
  42. pasal citer 2 x pasti b tol kew x...tp lam gmbar nie nmpk sgt menipu..nie terowong jelang..bkn krak...hihgway karak mn dew terowong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terowong jelapang r..

      Delete
    2. Sape kate Karak xde Terowong??? xPernah gi Genting Highland or menghala pantai timur ke???? Selepas Susur Keluar Genting.. Depan sikit ade terowong.. Dulu terowong ade 1 jew.. ulang alik.. selepas peristiwa tanah runtuh.. mtd telah buat balik terowong dan membina 1lagi di sebelahnya.. berkenaan dengan jalan karak lama nh.. jalan karak ni terletak bawah highway karak ni.. law korang perasan.. selepas hentian lentang.. korang akan lalu 1 jambatan.. bawah dia bukan sungai.. tapi jalan karak lama.. xcaye try ler..

      Delete
  43. memang btul pn tmpat 2 brhntu...

    ReplyDelete
  44. berhati2 lah selalu..xkira di mana jua kamu berada.. kami x semestinya berada di karak... hahahahahahaaaaa

    ReplyDelete
  45. Memang betol yg karak highway ni berhantu . Memang betol ia bermiteri . Ini semua kuasa tuhan dan x da yg mustahil bagiNYA . So percaya atau x , semua bergantung pada diri sendiri . Tp kalaU I, memang seram habes .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seram walaupun highway ah baru..sy pnh terserempak dgn seorg lelaki mcm rupa pakistan..melintas tiba2 di laluan selekoh dijlanraya mngadap ke phg..masa to sy adg blek dr phg ke kl sebelom smpai ke r&r genting sepah ke bentong tah...seram...smpai sekrg teringat.

      Delete
  46. aku dulu study kat kuantan and always ulang alik dari kuantan ke KL. Alhamdulillah selama 3 tahun aku tak kene ape2 and tak nmpak ape2.. aku seorang perempuan and kadang2 terpaksa balik pukul 12 or 2 pagi disebabkan kadang2 family aku ade perancangan untuk keesokkan harinya.. Yang aku tahu, Highway Karak takde pape masalah.. yang ade 'misterinya' mengikut kate2 orang adalah laluan Karak yang lame.. Tapi aku rase, kat mana2 pon akan ade makhlus halus pon kan..

    ReplyDelete
  47. Mak cik aku ni pengamal perubatan islam. Dia cakap punca-punca kemalangan disebabkan kabus yang tebal. Setahu aku dia cakap kabus tu berpunca dari makhluk halus kat situ(karak highway). Aku dengar cerita ni agak terkejut. Walubagaimanapun, kalau aku cerita panjang jadi karangan pulak.aku tak mahu spesifikasikan cerita ni. Yang aku tahu ini kuasa tuhan dan kita hanya manusia biasa sahaja.

    ReplyDelete
  48. Aku bermula dari tahun 2005 hingga 2010 berulang alik dari KL-Pekan setiap minggu bermula jam 11 malam hingga 3 pagi. Alhamdullilah tiada apa yang berlaku ..

    ReplyDelete
  49. ade org ckp atas terowong karak ade kubur org asli.. btul ke?

    ReplyDelete