Tuesday, November 30, 2010

Misteri Selekoh


Hari dah menjelang tengah malam, Ikmal dan Amir masih memandu dalam keadan hujan yang renyai-renyai melalui jalan yang penuh dengan selekoh merbahaya dari Pekan Karak ke kampung kawannya yang terletak di Felda Sg. Kemahal berdekatan dengan pekan Triang. Hajat di hati untuk membuat kejutan terhadap rakan mereka di kampung tersebut yang akan melangsungkan perkahwinannya pada keesokan harinya. Datang awal untuk membantu apa yang patut.
 “Betul ke jalan ni Ikmal?”, tanya Amir.  “Betullah aku ikut je map yang Nizam bagi ni, kalau kita ikut highway Temerloh jauh dalam sejam, kena bayar tol pulak tu” jawab Ikamal.
“Ishh tak pernah seumur hidup aku ikut jalan kona-kona macam ni, dah la kereta sebijik pun takde, hutan sepanjang jalan”,rungut Amir.
Setelah membisu membiarkan Ikmal melalui beberapa selekoh yang ada, tiba-tiba Amir berkata perlahan, “Ikmal, bukan kita dah lalu ke selekoh tajam ni tadi?” Tiba-tiba mereka berdua terdiam, tambahan pula terdapat kabus akibat dari cuaca sejuk malam itu. Dengan seberapa segera Ikmal terus menukar siaran Radio Hit.FM nya ke radio IKIM FM untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran. Bulu tengkok masing-masing meremang apabila memikirkan jalan tersebut telah dibina pada zaman jepun dahulu disebabkan strukturnya yang bengkang-bengkok. Masing-masing berdiam hinggalah mereka tiba ke rumah kawan mereka kira-kira setengah jam kemudian.

* Jalan ini adalah jalan alternatif jika laluan Karak Temerloh banjir. Yang menarik pada km 35 dari pekan Karak, anda akan melalui 2 selekoh yang sebijik sama. Selekoh yang paling tajam disepanjang jalan ini dan agak mendaki. Kalau lori lalu, kita kena berhenti dulu untuk bagi laluan kepadanya. Sejarah mengenai jalan ini kurang jelas pada saya sebab orang kata jalan ni jalan lama, masa zaman jepun dahulu.

Latarbelakang Lebuhraya Karak

Mungkin ada yang penah dengar, katanya Lebuhraya Karak berhantu, keraslah, banyak kemalanganlah. Sudah tentu cerita-cerita begini tidak timbul begitu sahaja, kenapa Lebuhraya Karak? Dalam banyak-banyak lebuhraya kat Malaysia ni, kenapa Lebuhraya Karak yang berhantu?

1)Antara sebabnya adalah keadaan jalan di Lebuhraya Karak itu sendiri, keadaan jalannya yang berkabus menimbulkan suasana seram terutama di waktu malam.





2)Kedua, adalah kerana banyak berlaku kemalangan di sana, tak kisahlah kerana kabus ataupun kerana tanah runtuh. Dan keadaan jalan itu sendiri menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan di sana. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.




Monday, November 29, 2010

Makhluk Aneh Makan Orang

Sekitar 1984 di perkarangan Lebuhraya Karak. Berlaku satu tragedi ngeri kepada sebuah keluarga berbangsa Cina. Dipercayai si suami  mati tanpa kepala dan dadanya terbelah terkopak. Isi badan telah di robek kerana di makan. Yang menghairan ialah tiada setitik darah pun yang tinggal ianya seperti telah disedut hingga tiada meninggalkan kesan darah setitik sekali pun. 

Ketika polis peronda tiba di tempat kejadian,si isteri bersama-sama anaknya berada di dalam kereta dengan selamat.Apabila di soal siasat,si isteri memberitahu bahawa si suami (mangsa) berpesan agar tidak keluar dari kereta walau apa sekalipun yang berlaku. Hanya membuka apabila si suami sendiri yang mengetuk pintu menyuruh membukanya.

Kes ini disiasat. Spesis yang dikenali berbentuk kelawar besar setinggi manusia dan bersayap.Gambar mayat tak berkepala ada dalam fail simpanan polis.Dan kes ini di akta bawah X-File (Unsolved mistery)

 

*Cerita ni ada berbagai versi iaitu cerita seakan sama tapi lokasi dan jalan cerita berubah-rubah. Ada yang kata bukan polis tapi askar yang jumpa keluarga tu.

Ponti



Terjadi pada seorang pakcik ini. Dia ni seorang driver lori. Kira-kira jam 2-3 pagi dia memandu lori macam biasa nak menghantar barang dari Kl ke Temerloh.
Semasa dia dalam perjalanan itu dia pelik sebab setiap kali dia berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan mesti ada yang bagi lampu.

Dia wat  bodoh je la.Dengan tanggapan ada polis buat roodblock kot.

Pastu masa dia tengah drive,  ada orang bagi lampu sambil bagi isyarat tangan " tunjuk atas ".

Tidak lama kemudian sebuah kereta lagi buat isyarat yang sama.

Baru lah dia ni teringat...atas?? Atas bumbung kot?
Dia pun cuba la adjust cermin sisi tepi manalah tau nampak kat bahagian atas bumbung.

Fulamak!!!!! Nampak cik ponti tengah lepak kat atas bumbung lori dia!! Apa lagi berpeluh-peluh pakcik itu.Dengan mulut terkumat kamit pakcik itu pun membaca ayat-ayat suci al-quran. Tidak lama kemudian dia nampak ada lembaga putih terbang.

Seminggu selepas itu pak cik itu demam! Gara-gara cik ponti bertenggek atas bumbung lori dia.

Wednesday, November 24, 2010

Roh Bas Masih Bernyawa

Pernah terjadi dekat aku ngan ayah aku sendiri. Pada tahun 1997, pakcik aku baru sahaja membeli sebuah superbike. Tapi dia terpaksa bertugas di Jepun selama 3 bulan. Oleh kerena itu, dia meminta ayahku untuk ambil superbikenya untuk dibawa pulang ke Kelantan.

Aku ngan ayah ku pergi ke KL dengan bas, dan pulang dengan menaiki superbike tu melalui jalan Karak. Sampai sahaja di jalan tersebut, tiba-tiba motor superbike yang baru di beli tak sampai seminggu boleh mati dan x boleh bergerak langsung. Masa itu jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.

Ayahku bersandar di divider sambil menghidupkan rokok Lucky Strikenya dan berkata padaku, "Sinilah tempatnya bas terjunam dan ramai yang meninggal dunia tu”, sambil menujukkan aku tempat tersebut di belakangnya. Mendengar kata-kata ayahku, rasanya macam dah boleh dikutip jantungku yang dah rasa macam gugur ni.

Lepas habis hisap rokok, ayahku pergi ke motor, dan berkata "Aku cuma lalu sahaja dikawasan ini. Tak ada niat nak gangu dan mengacau. Aku tak kacau kau orang, jadi jangan kacau aku". Pada mulanya aku heran juga, dengan siapa ayahku bercakap. Lepas saja ayahku cakap begitu, terus motor berjaya dihidupkan. Apa lagi teruslah kita orang memecut balik. Sempat aku toleh kebelakang, aku lihat seperti bayangan bas tersebut baru sahaja nak terbabas kedalam gaung tersebut.

Tentera Komunis Di Lebuhraya Karak??


Pernah jugak dengar cerita pasal ada orang kena makan dekat Karak highway ini. Masa ini rasanya lebuh raya Karak itu baru siap dibina. Rasanya dalam awal 80an dan kawasan hutan dekat situ disyaki masih ada komunis. Jadi, kereta cuma boleh melalui lebuhraya itu dari pukul 7pagi hingga 6 petang macam itulah dan setiap kereta yang masuk highway, mesti keluar ke dalam masa tertentu.Kalau tidak muncul, satu trak askar akan menyusul sebab takut kereta itu kena serang degan komunis.

Kononnya, ditakdirkan couple ini masuk waktu hampir highway nak tutup dan dah dipesankan oleh penjaga highway itu supaya jagan keluar dari kenderaan walau apa pun terjadi takut-takut nanti ada trak askar menyusul.Masa itu kan mana ada handphone.Tapi tiba tengah-tengah jalan, tepi hutan secara tiba-tiba kereta  mereka berhenti. Jadi, si suami ini pun turun untuk periksa di bahagian enjin. Dibukanya hood kereta di bahagian depan, si isteri tetap dalam kereta tak nampak apa-apa sebab gelap dan sebab pandangannya terhalang oleh hood kereta itu.


Setelah agak lama, tiba-tiba ada trak askar tiba di sebelah kereta. Askar tadi datang dan terperanjat sebab kat depan kereta itu tadi ada bahagian pinggang ke atas sahaja tubuh si suami. Si isteri terselamat sebab ada dalam kereta.Yang masih musykil, apakah yang telah membaham suami itu? Sebab isteri dia pun tak rasa apa-apa dan tak dengar apa-apa pun.