Tuesday, November 30, 2010

Misteri Selekoh


Hari dah menjelang tengah malam, Ikmal dan Amir masih memandu dalam keadan hujan yang renyai-renyai melalui jalan yang penuh dengan selekoh merbahaya dari Pekan Karak ke kampung kawannya yang terletak di Felda Sg. Kemahal berdekatan dengan pekan Triang. Hajat di hati untuk membuat kejutan terhadap rakan mereka di kampung tersebut yang akan melangsungkan perkahwinannya pada keesokan harinya. Datang awal untuk membantu apa yang patut.
 “Betul ke jalan ni Ikmal?”, tanya Amir.  “Betullah aku ikut je map yang Nizam bagi ni, kalau kita ikut highway Temerloh jauh dalam sejam, kena bayar tol pulak tu” jawab Ikamal.
“Ishh tak pernah seumur hidup aku ikut jalan kona-kona macam ni, dah la kereta sebijik pun takde, hutan sepanjang jalan”,rungut Amir.
Setelah membisu membiarkan Ikmal melalui beberapa selekoh yang ada, tiba-tiba Amir berkata perlahan, “Ikmal, bukan kita dah lalu ke selekoh tajam ni tadi?” Tiba-tiba mereka berdua terdiam, tambahan pula terdapat kabus akibat dari cuaca sejuk malam itu. Dengan seberapa segera Ikmal terus menukar siaran Radio Hit.FM nya ke radio IKIM FM untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran. Bulu tengkok masing-masing meremang apabila memikirkan jalan tersebut telah dibina pada zaman jepun dahulu disebabkan strukturnya yang bengkang-bengkok. Masing-masing berdiam hinggalah mereka tiba ke rumah kawan mereka kira-kira setengah jam kemudian.

* Jalan ini adalah jalan alternatif jika laluan Karak Temerloh banjir. Yang menarik pada km 35 dari pekan Karak, anda akan melalui 2 selekoh yang sebijik sama. Selekoh yang paling tajam disepanjang jalan ini dan agak mendaki. Kalau lori lalu, kita kena berhenti dulu untuk bagi laluan kepadanya. Sejarah mengenai jalan ini kurang jelas pada saya sebab orang kata jalan ni jalan lama, masa zaman jepun dahulu.

8 comments:

  1. kalau takut cium ketiak..best..

    ReplyDelete
  2. karak dalam bahasa orang asli adalah rakak...ianya telah dialih bahasa kepada bahasa melayu pada zaman dahulu dengan memanggil karak(loghat pahang).Pada zaman dahulu jalan karak lama ini adalah antara jalan yang dilalui oleh semua peniaga-peniaga yang datang dari kuala lumpur untuk ke raub atau kuantan.sebenarnya karak ini,adalah jalan alternaif baik untuk orang yang menghidap penyakit jantung,kerana udara dia yang segar dengan tumbuh-tumbuhan yang segar dapat menyihatkan kita dari kesibukan kota...pada yang menghidap penyakit kencing manis,boleh berhenti seketika menghirup air yang mengalir dari air terjun yang mencurah kebawah sambil memakan KFC(Dinner plate)best....sangat... kalau xde makanan hisab rokok pun ok.

    ReplyDelete
  3. Semalam aku baru je lalu kat selekoh tu...balik kampung mertua yang terletak kat Felda kemasul...dari K.L ke Pekan karak. Kemudian masuk ke jalan alternative menuju ke simpang pelangai, pasti akan lalu dua selekoh yang sama tu...yang tak bestnye ialah aku terpaksa ikut jalan tu ketika jam ditangan menunjukkan 2.40 pagi...aduh !!..satu kenderaan pun aku tak berselisih baik dari arah sama dan arah bertentangan...naik motor pulak tu.....sorang pulak tu....aduh..cuba bayangkan perasaan aku ketika itu....~~~

    ReplyDelete
  4. Starting dari Balai Polis Karak jam 1.55 pagi

    https://maps.google.com.my/maps/ms?msid=210724783843774921417.0004c24c84bd2c20d9312&msa=0&ll=3.333498,102.189331&spn=0.293044,0.528374&iwloc=0004c24c84bee8b9bf287


    Tiba di lokasi (Felda Kemasul) 3.10 pagi

    Agak lama untuk ke Lokasi sebab naik motor sorang2...jalan gelap gelita...banyak selekoh...waktu nak masuk ke Hutan simpan Kemasul, tak boleh laju..kawasan berbukit cerun...kabus tebal...

    ReplyDelete
  5. selekoh tu org pggil selekoh 2 beradik..sebab selekoh pertama serupa dengan selekoh yg kedua.menurut cerita orang tua yg tinggal dkat kampung shafie,manchis.jln 2 tlh pun dibina sjk zaman jepun dan sehingga la sekarang ia nya x berubah.banyak jugak kisah seram yg berlaku kt selekoh 2.salah satunya ade org yg selisih dengan mahkluk x berkepala mundar mandir kt selekoh 2 sebab nak cari kepala die yg ptus.saya tau cerita ni pun sebab saya dduk di kampung shafie dan slalu menggunakn jln 2 nak ke karak.

    ReplyDelete
  6. xde mende pon kt situ, ngarut la ak org felda kemasul xde pape pon kt situ kalo nk pg kl.. choyy

    ReplyDelete
  7. Saya selalu Guna kan jalan karak-simpang pelangai(semerting kg saya) 89 sampai sekarang le... Alhamdulilah,perjalanan saya,malam, tengah malam, awal pagi, terbaik

    ReplyDelete